Tiada siapa yang inginkan diri kita dijangkiti oleh virus yang telah merentap nyawa beribu malah berjuta manusia diseluruh dunia.
Sejak virus Covid19 ini wujud di Malaysia sekitar bulan January 2020, kehidupan seluruh rakyat Malaysia berubah, tidak bebas seperti dulu. Dan sehingga ke hari ini, ketika post ini ditulis, Malaysia mencatat kes harian 11,000 kes dan jumlah kes positive mencecah hampir 860,000!
Kes yang sangat tinggi & tidak terkawal ini menunjukkan ia amat mudah dijangkiti oleh sesiapa sahaja, walaupun anda / orang sekeliling anda tidak bergejala.
Jadi setelah keputusan PCR swab test keluar & anda disahkan positive Covid-19, apa yang anda harus lakukan?
- Yang pertama, KEKAL TENANG & JANGAN PANIC! Panic tidak akan merubah apa-apa result swab anda.
Jangan panic & asingkan diri dari orang lain. |
- Kedua, JAUHKAN DIRI DARI ORANG SERUMAH DENGAN ANDA YANG MASIH BELUM TAHU STATUS COVID MEREKA. Asingkan diri anda di dalam bilik berlainan.
- Jika berkemampuan untuk membuat swab test di klinik swasta, ARAHKAN AHLI KELUARGA SERUMAH DENGAN ANDA SEGERA UNTUK MEMBUAT RT-PCR SWAB TEST. Jika kurang berkemampuan, dapatkan tarikh temujanji untuk swab test dari klinik kesihatan berhampiran.
Ujian RT-PCR lebih tepat daripada RTK. Jika anda ada contact rapat dengan pesakit covid19 dan anda tidak bergejala, segera buat ujian PCR berbanding RTK. |
- Setelah mengasingkan diri, SEGERA BUKA APPLIKASI MY SEJAHTERA ANDA DAN KEMASKINI STATUS COVID19 ANDA PADA BAHAGIAN 'HELP DESK'. Ikut step di bawah :
Isi sehingga selesai page terakhir.
Paparan depan My Sejahtera MERAH jika anda positive. Jika masih belum MERAH, click REFRESH untuk kemaskini status. |
- Arahkan juga ahli keluarga anda yang belum menjalani ujian swab / result negative untuk mengisi 'HELP DESK' & pilih sebagai CLOSE CONTACT / KONTAK RAPAT kepada pesakit Covid 19.
Paparan depan My Sejahtera KUNING /OREN jika anda kontak rapat /close contact kepada pesakit Covid19. |
- Kemudian, hubungi COVID ASSESMENT CENTRE (CAC) mengikut kawasan anda untuk mendapatkan TARIKH TEMUJANJI Penilaian Kesihatan. Anda akan diarah untuk MEMBERIKAN DETAILS PERIBADI DAN LAPORAN COVID 19 ANDA.
No telefon CAC bagi Negeri Sembilan. Anda boleh dapatkan no telefon CAC untuk negeri masing-masing pada link ini. |
- Tunggu sehingga anda dihubungi melalui panggilan telefon atau whatsapp dari pihak CAC untuk tindakkan lanjut. Jika anda masih belum mendapat feedback dalam masa 2 hari, hubungi CAC semula.
Peranan CAC bagi Negeri Selangor. Peranan CAC adalah hampir sama untuk setiap negeri. |
- SENTIASA PANTAU TAHAP KESIHATAN ANDA PADA JAM 9 PAGI SETIAP HARI DI APPLIKASI MY SEJAHTERA 'THINGS TO DO / PERLU DILAKUKAN'
- Jika gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau terus ke hospital berdekatan dengan segera menggunakan kenderaan sendiri. Jangan gunakan kenderaan awam.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi anda sedikit informasi jika anda mendapati diri anda positive Covid-19.
Stay safe. Stay healthy.
💖,
Shakina Surani.